|
Selamat Kembali Ke Sekolah!
Sunday, December 30, 2012 | 5:24 AM | 0 comments
Assalamualaikum readers. Berupdate juga blog hari ni. Tak ada masa nak buka. Sebenarnya malas nak update haha k. Btw, Lagi beberapa hari je sekolah dah nak buka. 1,2,3. 3 hari kot -_-Tahun 2012 dah nak tinggalkan kita. Tahun ni lah yang bermakna bagi aku walaupun ada kenangan pahit dan manis. 2012 aku tak akan pernah lupa! :-( Dan 2013 akan menjelma. K dah tak sabar gila nak naik sekolah walaupun homework aku tinggi macam gunung everest tapi aku tetap relax steady macha. Ohh hanya menghitung hari untuk ke sekolah. Sebab apa tak sabar sangat eh? Sebab dah lama tak gosip dengan kengkawan. Bayangkan dah berbulan cuti. Cuma duduk rumah baca buku. K tipu. Rindu makcik kantin sekolah walaupun muka agak kerek kalau aku nak beli ayam. Rindu cikgu-cikgu. Rindu nak cilok kelas. Eh? Haha. Rindu nak buat bising dalam kelas. Rindu nak kacau kawan-kawan. Rindu nak jadi penolong yang tak berapa nak menolong. K Tapi bila fikir balik pasal sekolah, hm aku dah nak SPM. Ulang suara aku dah nak SPM. Kena banyak belajar lagi. Lepasni kena pergi tuisyen. Takboleh nak online selalu. Hmm. Impian aku nak dapat 8A. Nak sama result macam abang aku. In Sha Allah kalau berusaha lebih lagi! Kalau kawan aku boleh berjaya aku pun boleh! Result akhir tahun aku pun boleh tahan hmm. Eh? Boleh tahan mintak kena bebel dengan mak aku. K. Lagi satu, tak puas cuti walaupun dah berbulan-bulan. Rasa macam sehari je aku cuti. Nak tambah lagi sebulan memang dalam mimpi. Tapi memang betol lah rasa macam dalam mimpi bila teringat lagi 3 hari dah nak sekolah :O Nasib semua barang sekolah aku dah beli. Tahun ni macam tak bersemangat lah sebab gementar nak SPM lah ni. Cehh. Okay ni last nak cakap. Doakan SPM aku. Ulang balik doakan SPM aku. Good luck juga to SPM candidates batch 96! Muah! Hmm k hmm.
Tuesday, December 25, 2012 | 11:36 PM | 0 comments
Assalamualaikum guys. By the way, terasa diri ini macam minat dekat seseorang. Selalu bermain difikiranku. Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat aku untuk mendekatinya. Harta, paras rupa, atau budi dirinya? Hmm idk. Tapi, tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan cinta pada seseorang itu. Selalu dengar pepatah "cinta tak akan datang kalau tak dicari, cinta juga tak akan dapat kalau tiada yang memberi. namun mencari cinta biarlah pada yang sudi dan bukan meminta simpati" :( Jangan mengharap pada benda yang tak sudi. Takut nanti kita yang dilukai. Ingat yunie. Cari lah orang yang ikhlas untuk bercinta bukan untuk dipermainkan. Bukan mudah untuk minat seseorang yang belum tentu dia minat dekat kita. Orang kalau dah tak suka tak perlu dikejar dan orang dah tak sayang kita tak perlu kita nak menangis. Terasa macam orang bodoh bila kita suka dekat dia tapi dia tak suka dekat kita pun. Sedar lah sedar! Hari-hari aku stalk kau tapi kau tak perasan. Hari-hari aku tunggu kau tapi kau tak tahu semua tu. Masih tak sedar lagi ke? Macam mana eh aku nak cakap hmm. Jangan berharap pada orang yang tak sudi yunie. Kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu kerana Allah mahu berikan yang lebih baik dari apa yang kita mahukan :'/ Semakin tinggi kau berharap semakin tinggi peluang kau mengalami kekecewaan. Tapi aku tak pernah luahkan apa-apa dekat kau takut penat meluahkan perasaan tapi rupa-rupanya kau dah ada orang lain. Hmm lupakanlah yunie. Satu je aku nak kau tahu sebenarnya aku memang minat dekat kau. Maaf kalau tersyok sendiri. Hmm k :'/ Ayat pasrah gila :'/ Stop sampai disini. Assalamualaikum. |